BREAKING NEWS

Jom Romen.. Menu baru lepas terawih di Selangor...

Gua difahamkan, rakyat Selangor kini boleh menikmati menu baru selepas terawih..

Menu ini dikatakan amat digemari oleh Uncle Ronnie dan sangat direstui oleh YB Eli kangkang..

Dibawah pengurusan Exco Agama Khalid Ibrahim, menu ni telah berjaya dicipta khusus untuk golongan generasi muda melayu..

Bagaimanapun.., generasi tua bangka juga boleh menikmati menu tersebut jika berminat..

Syabas kepada Khalid Ibrahim.. Terbukti tak sia-sia beliau memegang jawatan Exco Agama di Selangor.. Hahahahaha....

Empat pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh ditahan anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di beberapa lokasi di sekitar Damansara Damai awal pagi, semalam.

Dua pasangan masing-masing berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup ketika sedang bercumbuan di belakang sebuah rumah kedai.

Manakala dua lagi pasangan ditahan di sebuah kawasan gelap di Damansara Prima dekat sini.

Ketika disoal siasat, pasangan pelajar itu mendakwa sedang bercuti dan mengaku sudah menyewa bilik hotel untuk bermalam bersama manakala dua pasang lagi memberi alasan baru pulang selepas berbuka puasa.

Ketua operasi, Adnan Mohd Zin berkata, operasi kali kedua sepanjang Ramadan itu dilakukan bagi membanteras kegiatan maksiat di perumahan itu.

Difahamkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi cegah maksiat melibatkan kawasan di sekitar hotel bajet.

“Selain remaja, kebanyakan orang luar datang ke sini untuk melakukan maksiat ditambah dengan kewujudan beberapa hotel bajet di sini,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke masjid menaiki van jenayah sebelum diberi tazkirah dan nasihat oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Fadil Mohd Nor manakala keluarga pasangan turut dihubungi.

1 ulasan :

  1. alamak...lepas nie mesti Khalid gereja mengamuk sakan kat anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin kan..??sedangkan Hassan Ali pun selamba diorang pecat pasal kes serbu gereja kat Damansara tahun lepas...nie kan plak geng2 surau yg pi kacau budak2 dok rasa menu baru lepas terawih...lg le kaw2 si Khalid gereja hentam diorang...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online