BREAKING NEWS

Fatwa Ostazah Abby.., kerajaan zalim diskriminasi artis bertudung?

Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.

Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut. ~ Ostazah Abby - Sinar

5 ulasan :

  1. Pas memangnya bukan islam tapi ejen kristian macam arab kristian. Orang islam dilaga-lagakan, ayat allah di songsangkan, melayu islam dikafirkan, derma org islam disonglapkan dan macam-macam cara untuk untuk menyesatkan islam di tanah melayu. Skrg dapig adalah khalifah mereka dan Jesus Christ tuhannya. Takebeer! takebeer! takebeer!!!

    BalasPadam
  2. kalau bole jgn disiarkan gamba2 yang menunjukkan aurat2 seorg wanita. .
    berdosa ke atas anda dan dia. .
    tlg tuka pd yg da pakai tudung .

    BalasPadam
  3. masalahnya sekarang cikpuan abby..kamu mengutuk mengata org yang hendak menyuapkan nasi kemulut kamu..apa kamu rasa sekiranya anak2 kamu katakan tangan kamu busuk..tangan kamu kotor..adakah kamu akan menyuap kan mereka?

    BalasPadam
  4. Tt ni mmg lahanat sedara dgn iblis ler.. Org tu dah pakai tudung, letak le gambar yg sepatutnya atau x yah letak gambar langsung..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online