BREAKING NEWS

Exco Agama Penang kesal isu botol arak didedahkan oleh media..

Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, pihaknya telah menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera.

Beliau berkata, pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan.

“Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama.

“Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat membeli-belah terkenal di pusat bandar ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Berkenaan kecaman CAP tersebut, Abdul Malik meminta pertubuhan bukan kerajaan termasuk CAP agar terus menghubungi dan memaklumkan kepada pihaknya atau Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, perkara itu boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa tanpa perlu pendedahan pihak media.

“Tidak payah masukkan perkara sedemikian ke dalam surat khabar kerana kami boleh menyelesaikannya,” katanya.

3 ulasan :

  1. Tak percaya kalau perbuatan ni tak di sengaja. Mereka suka menjolok, kalau tak ada orang komplen ia nya akan berterusan camtu..tak caya cuba diamkan..orang lalu lalang kat situ termasuk penjawat agama buat tak tau aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tol tu, macam baru ni isu cubaan 'pelancong' nak murtadkan org islam kat penang. Nak tgu ada org bt aduan rasmi br nak siasat, sedangkan bila media da tanya tu maksudnya mesti la ada cubaan camtu. Nak tgu umat islam bising baru nak siasat, sesilap tu pun tangguh sbb xde aduan rasmi. Hampas

      an

      Padam
  2. PAS ini hanya parti yg ditubuhkan oleh hawa nafsu dan berfahaman sesat. dlm PAS dipenuhi dgn fahaman sesat SYIAH ! sperti saudara mereka kaum majusi di iran mempergunakan 'SAIDINA ALI' dan 'AHLUL BAIT' untuk memecahbelahkan perpaduan sesama umat ISLAM di dunia begitu jugalah halnya dgn PAS. ini yg mereka sedang lakukan di Malaysia dan mereka akan terus GAGAL kerana UMNO. DAPIG sebuah parti rasis laknatullah tp tapak kakinya dijilat2 oleh org2 PAS. kwujudan PAS hanya akan melemahkan umat ISLAM di Malaysia kerana fahaman sesat yg dibawa oleh mereka. pemimpin agung PAS poknik sanggup bergantung pd SYAITAN laknatullah demi nafsu. UMNO pula akan sentiasa berserah dan bergantung pada ALLAH SWT dari dulu kini SELAMANYA

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online