BREAKING NEWS

Artis janda "kemaruk" lelaki muda dan kacak?

Gua terasa kesian jugak bila baca cerita-cerita artis wanita khususnya yang bergelar janda ni beb..

Nak salahkan dorang seratus peratus, tak boleh jugak sebab kadang-kadang tu ada wartawan hiburan yang sengaja bagi soalan provokasi..

Tapi heran yee.., yang artis tu pun tak fikir ke sebelum nak bagi jawapan?

Takkan nak jaga imej sendiri pun nak kena ajar?

Contohnya macam selebriti cantik Rozita Che Wan kita tu.. Punyalah asyik dia jawab soalan wartawan sampai tak sedar dia memalukan diri sendiri..

Cuba korang baca wawancara Rozita dengan wartawan Mstar di bawah ni...

“Kalau saya hendak berkawan dengan lelaki muda, biarlah orang itu menepati kriteria yang saya cari.

“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah dan matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing,”

“Kalau ditakdirkan saya dipermainkan oleh golongan itu, ia logik kerana saya sedar hakikat lelaki itu kacak dan berduit, sekali gus dia boleh buat perangai dan diidamkan ramai wanita.

“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta,” kata Rozita kepada wartawan mStar Online.

Bagi gua, cara dia menerangkan gossip dia dengan lelaki muda tu sekaligus menunjukkan betapa terdesaknya dalam mencari cinta..

Tak salah beb kalau nak bercinta sekalipun.., tapi janganlah tunjuk KEMARUK sangat.. Buat orang gelak je beb...

Lepas tu mengaku pulak kononnya sanggup dipermainkan oleh lelaki asalkan boipren dia tu kacak dan berduit... Perghhhh..

Rasanya, elok Rozita fokus dalam bidang hiburan, bukannya cari publisiti dengan gossip murahan.. Buat malu artis yang lebih muda je beb.. Peace!!

2 ulasan :

  1. kaca dgn permata tu rupa sama, tapi berlainan.. rupawan tapi otak singkat. wanita kaca akhir zaman.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online