BREAKING NEWS

Skandal TERBARU Anwar didedahkan...

Anwar Ibrahim dijangka akan membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak jika gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.

Perkara itu didedahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada penulis portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

“Anwar sebenarnya langsung tidak merancang memenangi pilihan raya di Sabah dan Sarawak.

“Beliau hanya mahu ‘mencuri’ wakil rakyat BN selepas pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan melalui lompat parti.

“Jeffrey sebelum ini menjelaskan beliau menentang perancangan itu kerana tiada jaminan terhadap kesetiaan (wakil rakyat yang dibeli),” katanya dalam entri terbaru portal itu.

Raja Petra mendakwa, Jeffrey ada memberitahunya Anwar tidak bersedia menerima pembelot daripada BN kerana menganggap ia akhirnya hanya menambah beban kerja pemimpin PKR itu.

Katanya, Jeffrey juga turut meluahkan kebimbangannya terhadap usaha Ketua Pembangkang untuk membeli wakil rakyat BN sebelum pilihan raya.

Malah Jeffrey sendiri menentang perancangan itu kerana menyifatkan ianya tiada jaminan kesetiaan terhadap parti.

Bagaimanapun, Raja Petra mendakwa wakil rakyat BN yang ‘dibeli’ hanya akan lompat parti selepas PRU-13.

Berikutan itu katanya, pembangkang terpaksa bekerja keras supaya menang terlebih dulu tetapi cara ini amat berisiko.

Katanya, Jeffrey melihat langkah itu akan mengakibatkan pembangkang terpaksa memberi haluan kepada wakil rakyat BN yang sudah dikenal pasti dan memastikan mereka menang pilihan raya sebelum berpaling tadah.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Tuaran, Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran tanpa menyatakan alasan.

Bumburing sebelum ini dicalonkan untuk kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya umum 2008.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN dengan menewaskan saingan terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah pula hanya maampu meraih 879 undi -Antarapos

3 ulasan :

  1. Anwar dah dpt dana dari jualan Jam tangan Omega...

    ZoRRo...

    BalasPadam
  2. Sedih juga pergolakan disabah..bila pandang wajah najib..lagi lah sedihnya.. Ikutlah...buatlah apa yg korang suka.. Apalah guna nak pertahan kelompok,andainya bn kalah nanti.. Musa aman mngkin takda masalah, sbb dia akan kekal jd CM.. Jadi tepulanglah..gaduh lah.. Mngkin dia org syg sgt ke anwar agaknya.. Menyesal kemudian tiada gunanya nanti.. Tak akan ada pwtc lepas ni..

    BalasPadam
  3. Rm 3 BILLION BEB.....SHOPPING SAKANLAH BELI ahli politik lompat katak !!!. Puak Pakatan ni Kalau dia buat apa Je dah tentu dapat Restu penunggu syurga !!!. Apa nak heran kan. Nanti boleh lah jadikan Sabah tempat kumpul china doll Dan segala Gay bercuti Dan menuggu sidia 3 billion tu datang... he he he.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online