Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan mengupah lebih ramai pengawal peribadi untuk menjaga dirinya jika merasakan pihak polis gagal menjalankan tugas dengan berkesan.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Komtar, Loh Chye Teik berkata, Guan Eng juga boleh mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan di negeri ini.
Katanya, berdasarkan 'ujian' yang dilakukan terhadap tindak balas polis dalam masa kecemasan, beliau mendapati keputusannya memuaskan.
"Hari ini saya mendapati polis sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan membantu penduduk.
"Berdasarkan ujian yang dilakukan tadi, saya berpuas hati dengan perkhidmatan polis dan membuktikan negeri ini selamat," katanya.
Sebelum itu, Loh bersama pengerusi cawangan baru Komtar Lim Cheng Hee kelmarin mengadakan satu demo di kiosk interaktif depan pasar raya Gama bagi menolak tuduhan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyatakan Pulau Pinang tidak selamat.
Dalam demo itu, sebaik aduan dibuat pada pukul 11.08 pagi, tiga minit kemudian tiga anggota polis tiba untuk memberi bantuan.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
kenapa tak panggil geng2 unit amal PAS je yg jadi bodyguard khalipah Guan Eng..??
BalasPadam