BREAKING NEWS

Penjelasan Ning Baizura pasal join Pas..


Penyanyi Ning Baizura binti Hamzah dalam satu kenyataannya hari ini berkata, beliau tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Oleh itu, beliau menafikan laporan akhbar Sinar Harian, beliau 'bakal' menjadi ahli PAS dan menyifatkan laporan itu tidak benar.

Berikut adalah kenyataan penuh Ning yang dikeluarkan melalui peguam beliau.

Ning Baizura tidak melibatkan diri dalam mana-mana parti politik

Ning telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2012 di man telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli sesebuah parti politik Malaysia.

Ning ingin menyatakan di sini secara spesifik am dan secara keseluruhannya tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam hal politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal.

Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah.

Ekoran penjelasan diatas, gua dengan sukacitanya menarik balik laporan dari akhbar Sinar Harian yang disiarkan dalam MPP Online dan gua mohon maaf atas sebarang implikasi yang jadi pada Ning ekoran laporan tu.

Gua harap, Ning tetap berpegang teguh dengan prinsip beliau yang tak berhasrat untuk join Pas.. Peace!!

1 ulasan :

  1. Ning tak sebut PAS pon. hai takut sgt ke? hehe

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online