BREAKING NEWS

Nurul Izzah mohon Polis jaga jenayah kawasan KL..

Pakatan Rakyat Kuala Lumpur mendesak Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperluas operasi mencegah jenayah ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Pakatan difahamkan sebanyak 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk di Lembah Pantai.

Anggota tersebut juga diarahkan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut.

Bagaimanapun, lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat mendesak agar PDRM memperluaskan operasi bukan hanya menumpukan dua kawasan parlimen itu sahaja.

Desakan tersebut dikeluarkan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Tian Chua (Batu), Tan Kok Wai (Cheras) dan Teresa Kok (Seputeh).

Turut mendatangani kenyataan tersebut Fong Kui Lun (Bukit Bintang) Lim Lip Eng (Segambut) dam Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa.

“Penduduk Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain jenayah yang tidak berkurangan walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun,” kenyataan itu berkata.


p/s: Sebelum ni dorang sibuk maki Polis.., tuduh Polis jadi barua kerajaan.., gelar Polis sebagai anjing pemerintah... Sekarang, dorang pulak yang sibuk mintak Polis cegah jenayah..

Memang lidah bewak betul lah puak-puak Pakatan tu semua !!

1 ulasan :

  1. siapa sebenarnya yg mesra penjenayah?siapa yg selalu menghantar peguam membela penjenayah?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online