BREAKING NEWS

Betty meroyan akibat hubungan sulit Guan Eng..

Ng Paik Kheng@Rainbow
Betty Chew, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Melaka, mempersoalkan tindakan MCA yang gemar menggunakan isu seks untuk mencalarkan imej keluarganya, sedangkan masalah itu sendiri membelenggu kepimpinan MCA sendiri.

"Sebelum ini mereka melibatkan anak saya, dan sekarang suami saya."Adakah mereka fikir semua orang seperti mereka? Benar kata suami saya, beliau bukan seperti Chua Soi Lek," tegas Betty dalam satu kenyataan hari ini.

Lim Guan Eng sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantu di pejabatnya yang bernama Ng Paik Kheng @ Rainbow, manakala Betty pula dikatakan telah menyerang wanita tersebut.

Betty bagimanapun dalam kenyataannya hari ini menegaskan, beliau telah berulangkali menggesa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo supaya mengeluarkan kenyataan di luar Dewan bagi membolehkan tindakan diambilnya terhadapnya, namun beliau masih lagi tidak mempunyai "keberanian" untuk berbuat demikian.

"Datuk Gan umpama "pengecut". Saya telah berulangkali menuntut beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan, tapi beliau enggan.

"Ini kerana beliau tahu itu adalah pembohongan semata-mata. Beliau sedar jika beliau membuat kenyataan di luar Dewan, saya dan suami saya akan mengambil tindakan saman terhadapnya.

Malah, Betty turut mempersoalkan sama ada Gan cuba untuk melarikan diri setelah memfitnah beliau dan suaminya.

"Adakah ini cara politik MCA?" soalnya lagi.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online