BREAKING NEWS

Anwar suruh Mahathir duduk diam-diam...

Anwar Ibrahim menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau supaya tidak berlengah-lengah untuk bersara daripada politik.

Sebaliknya, dengan nada tegas, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri meminta bekas bosnya itu "duduk diam-diam sambil menjaga syarikat anaknya".

"Duduk rehat tadi, ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.

"Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Puluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.

"Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang malam tadi.

Dr Mahathir dilapor berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Bahkan dengan nada bergurau, bekas perdana menteri itu mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impiannya sebelum bersara.

Sebelum itu diawal ucapan dalam ceramahnya di Padang Kampung Selayang Indah malam tadi, Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu "marah" kepadanya.

Sedangkan, kata Anwar yang juga ketua pembangkang berkata selama ini, beliau "tidak pernah mengacau" dan telah memaafkan bekas pemimpin nombor satu itu.

"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

"(Tetapi) yang kamu takut ini apa. Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan.

Anwar berkata sekiranya ditakdirkan menjadi perdana menteri, beliau berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat yang membangkitkan semangatnya sewaktu disakit dan dihina.

6 ulasan :

  1. Anwar kalau nak menipu pun agak2lah berpuluh billion tu sikit ratus billion tu pun tak banyak mana.

    Kalau trillion tu baru betul.Akhirnya dia mengaku juga yang dia kena telanjang. Dia telanjangkan orang tak cerita.

    Dia menelanjangkan dirinya satu Malaysia dah tengok, itu dia mau tutup.

    Dulu bolehlah dok kelentong orang, sekarang dia sendiri yang kelentongkan dirinya. Adios Anwar.

    BalasPadam
  2. Dia hanya layak jadi perdana Menteri Di Hospital Sakit Jiwa je !!!. Jiwa dia terlalu kacau nak jadi PM. Meroyan tak tentu hala. Kalau BETUL pencacai2 dia lantik habis satu Negara dia jual....Habis Malaysia jadi tempat pertemuan para Gay gay seluruh dunia Dan pusat seks bebas pertama dunia. Rumah pelacuran jadi Lebih banyak daripada Rumah Murah Rakyat. PENAT je Najib usahakan untuk Rakyat dalam menempuh dunia, habis Di gadai Si Jubok Kunyit Anwar Dan Si IceCream Jamban Azmin....

    BalasPadam
  3. Walaupun sikit tetap duit rakyat jgk. duit pembayar cukai yg digunakan tuk selamatkan syarikat anak2nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. asal dia cakap jer teros pecaya..... kuat sihir nuwar ni.... patut dia x brani dengan sumpah..

      Padam
  4. tah ye ke tidak, citer nak gegar2, Jam Omega lansung tak dgr berita, simpan buat pekasam kot, nnt nak pilihanraya keluar la "Replika" Jam OMEGA, Petaling Street mariii.. Puak pencacai nuar ramai sana.. Jgn keluar telur Omega sudah la... APTB...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online