BREAKING NEWS

PENGUMUMAN!!! Ahli PAS diminta pulangkan balik TIKET SYORGA..

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya tergamam dengan kenyataan bahawa undi Pas dalam pilihan raya umum tidak masuk syurga.

Malah sehingga kini Nik Aziz masih terdiam diri untuk bagaimana hendak menjelaskan kepada penyokongnya.

Ini kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.

"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada bulan lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. -KELATEKITO

4 ulasan :

  1. Alhamdulillah..Tuhan beri kesempatan padanya..Jika tidak ramai lerr yg terpesong akidahnya

    BalasPadam
  2. setelah menipu selama 55 tahun, akhirnya pimpinan mereka baru sedar undi pas tidak boleh menjamin surga. tak kanlah kerana undi pas mat sabu si penzina dengan normah terus masuk surga ... ada akai ka. lainlah kalau Allah mengampunkan dosanya atas rahmat dan sebab-sebab tertentu yang diberi khusus oleh Allah kepadanya. dah lah tak kena hukum hudud - direjam sampai mati - hanya dengan undi pas mat sabu terus masuk surga ... ini dah kira satu penipuan atas nama agama yang maha dahsyat.

    BalasPadam
  3. Semenjak bersekutu dengan PKR dan DAP, Pas dah susah nak main isu agama sebagai bahan kempen untuk parti mereka.

    Nak sentuh lebih-lebih bab agama nanti takut pulak hilang undi cina !.

    Dulu boleh laa temberang undi Pas masuk syurga,..la ni orang dah tak percaya. Dah tentu orang pandang tinggi pada kenyataan Dr. Sulaiman
    Saloomi berbanding ahli politik macam Nik Aziz.

    BalasPadam
  4. heran aku dgn juak2 yg taksub nih bodo mlmpau2 mcm iblis.
    aku ni pn jahil gk tp xdk la bangang sgt psl syurga neraka nih.
    kdg2 bila bc kitab sejarah psl ISLAM mmg rasa kagum dgn kebesaran Allah SWT. Kerajaan ISLAM terlalu besar, terlalu kuat dan x mgkin rebah kalah dgn puak2 kafir. tp skrg da fhm kenapa. sb dulu pn ada juak2 musibat bangang mlmpau2 yg taksub dgn pmimpin sesat.
    kuat cmnapun pn ISLAM akan hancur musnah dsebabkan oleh manusia2 jahanam seperti dlm Parti Ajaran Syaitan

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online