Seorang warga tua cuba bersembunyi di dapur, sejurus menyedari dia dan pasangannya yang juga isteri orang, dikepung penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka berkhalwat.
Warga tua berusia 59 tahun itu serta pasangannya yang berusia 27 tahun dikesan melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah teres di sini, awal pagi semalam.
Helah lelaki itu meninggalkan keretanya di tepi jalan kira-kira 100 meter dari rumah pasangannya sebelum masuk melalui pintu dapur terbongkar apabila mereka diserbu penduduk dan empat anggota dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar.
Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan ketika anak perempuan wanita berkenaan yang berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik, manakala suami wanita terbabit yang juga kakitangan kerajaan tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penduduk menyedari pasangan terbabit melakukan maksiat dan penduduk segera menghubungi pihak berkuasa.
Penduduk, Ahmad Zam, 45, berkata mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kerana tidak sanggup menanggung dosa bersubahat membiarkan maksiat berlaku di kawasan mereka.
“Selama ini, kami sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan berkenaan di sekitar Pagoh, namun semalam, kami nekad tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas dengan membantu penguat kuasa Pejabat Agama Muar menahan mereka,” katanya.
Ahmad berkata, ketika keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.30 malam, beliau terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu sebuah kereta memasuki taman berkenaan.
Katanya, beliau menghubungi tiga rakannya sebelum mereka mengekori kenderaan lelaki itu selama hampir 10 minit sebelum melihat dia meninggalkan kereta di persimpangan jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah wanita terbabit.
Difahamkan, warga tua bukan Islam itu bertugas sebagai pengurus sebuah kilang sawit di sini, manakala pasangannya bekerja di tempat sama. - BH
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Ini senua salah UMNO...! :-))
BalasPadam