Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.
Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.
Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.
Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.
Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.
Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.
Baca seterusnya DISINI..
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pendakwah hari ini(kalau boleh dikatakan pendakwah)nak jadi popular senang je,masa ceramah buat lawak,maki orang u orang ni,yang menghairankan pendengar boleh ketawa sampai pecah perut!Adakah begini majlis ILMU!
BalasPadamaku pernah terdegr kata2 ni.."couple tu xharam..tp kalau..sekian2..."... rasanya ni lg la mengelirukan org ramai..sedangkan islam sendiri mengajar kita supaya menjaga diri..perempuan..rupa paras sumanya aurat yg perlu dijaga sehabis baik...tp kalau ada yg kata couple tu blh..camne tu..pasni lg bnyk la org keluar jumpe couple msg2...sedang kan kita di ingatkan menjauh kan diri dari pintu zina....zaman2 mak ayh moyang dulu pon xde pon bercouple pon..kawin ikut family..bahagia je smpai akhir hayat....
BalasPadambetullah skrg siapa yg popular jadilah @ pakai serban kemudian maki hamun org terutama pemimpin negara dah tentu akan disanjung d dunia tapi d akhirat x tau lagi.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8).
Bagi yang membenci usaha dakwah UAI,hadirkanlah diri ke masjid atau surau yang berhampiran & belajarlah ilmu agama sebanyak yg mampu, sebelum anda membuat penilaian yang semborono.Sekiranya usaha agama yang mampu mengembalikan ramai belia ke jalan Allah juga kita hendak sekat,dimanakah kedudukan kita di dalam usaha menegakkan syiar Islam.Seandainya kita jahil dalam memahami agama usah kita seret mereka yang lain juga ke arah kejahilan.
Sebelum memberikan komen, muhasabah diri sendiri dahulu & nilai setakat mana kita sudah memastikan penerapan nilai agama telah terlaksana dalam diri kita,keluarga,sanak saudara dan sahabat kita.
UAI penglipor lara
BalasPadamdia bengang UAI kutuk dia cukur kening dulu kot...kira balas dendam balik la ni..serangan peribadi sebenarnya..Ustazah Masyitah pun pernah kelirukan kita dengan hukum hudud..ada ke patut suruh bagi kerja kat pencuri..(hudud arahkan potong tangan)...
BalasPadamasal kan niat dia baik kerana allah
BalasPadam