BREAKING NEWS

Aishah mengaku sokong PAS kerana Islam..

Selagi perjuangan Islam yang didokongi PAS tetap berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.

Wan Aishah Wan Ariffin atau nama glamournya Aishah, artis 'kesayangan' ramai yang baru menyertai PAS baru-baru ini berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peserta yang ingin mengetahui tindakannya menyertai parti itu baru-baru ini ingin bergiat politik pula.

Menurut Aishah, beliau berhasrat untuk menyertai parti itu secara senyap, bagaimanapun tidak menjadi mungkin kerana beliau seorang artis.

“Tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.

“Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang,”ujarnya.

Menurutnya, pengalaman hidupnya membuatkan beliau tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar.

Beliau juga turut menolak akan aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam.

“Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,”ujarnya.

6 ulasan :

  1. Pesanan untuk Aishah... bila naik pentas lepas ni, tolong nyanyikan lagu Janji ManisMu boleh tak? Sedap la lagu tu! Lebih2 lagi masa hot nak pilihanraya ni. Senikatanya cukup menyentuh kalbu.

    BalasPadam
  2. ooo cik kak,mencipta apa-apa peralatan termasuk pembesar suara yang ci kak guna semasa menjadi penyayi dulu dan sekarang cik kak gunakannya pula untuk berceramah politik PAS,peralatan itu adalah hasil dari menimba ilmu sekular cik oiii.

    BalasPadam
  3. Baguih lah esah masuk PAS na masuk seroga ko tolak amno pasal orang amno ni kaki busuk mati nya masuk neraka , tapi ingat esah keimanan sesaorang tu bukan nya di nilaikan dia dalam parti mana,jangan ko ta tahu dalam PAS ni lebih bahya macam musuh dalam selimut mereka ni lebih haprak dari orang amno. Renung renungkan lah kata kata aku nih

    BalasPadam
  4. SUKA HATI DIA LAH......HEHEHE

    BalasPadam
  5. TAK PAYAH AMBIL KISAH LAH PADA DIA SEBAB DIA TAK TAHU ASAL USUL DAN SEJARAH SILAM PAS,KALAU DIA TAHU DAN MENDAPAT HIDAYAH MACAM HASSAN ALI DAH TENTU DIA AKAN LARI DAR PAS SEUMPAMA SEORANG PENGEMBARA LARI DARI SEEKOR SINGA LAPAR......KALAU SYURGA DAN REDHA ALLAH YANG DICARI PAS BUKANLAH TEMPATNYA....KALAU ASIYAH NAK ISLAM SEBENAR CARILAH PONDOK-PONDOK AGAMA YANG BERIBU JUMLAHNYA UNTUK MENIMBA ILMU......KERANA DI SINI BEBAS DARI DUNIAWI DAN NAFSU.....SEMUANYA JUJUR DAN KERANA ALLAH.......

    BalasPadam
  6. Sokong Abg Qalam, senikata lagu cukup tepat dengan janji2 Pas Kelantan selama ini. Patut dijadikan lagu pembakar semangat oleh UMNO di sana, biar berkumandang setiap masa. Memang kelakar bila lagu Aishah itu bagai menyindir partinya sendiri.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online