Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus menerima hakikat bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan sokongan Kerajaan Pusat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan yang diperoleh itu bukan dicapai dalam masa singkat, sebaliknya memakan masa lebih 50 tahun sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir.
Menurutnya, semua itu dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat meskipun negeri ini dikuasai pembangkang.
"Ini bukan cakap politik tetapi ini fakta. Mungkin pahit untuk Guan Eng dengar tetapi saya perlu nyatakan kebenaran bahawa Pulau Pinang maju sebab sokongan BN.
"Guan Eng baru tiga tahun mentadbir sudah kata pelaburan masuk. Mana boleh, banyak perbincangan perlu dibuat dengan pelabur asing, kena beri insentif. Siapa yang sokong kalau bukan kerajaan BN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 pekerja industri di sini hari ini.
Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat telah melabur dalam jumlah besar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia bagi menarik kemasukan pelabur asing.
Antaranya, jelas beliau, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.
Pada perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kemasukan pelabur asing juga membolehkan banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat.
Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Advanced Micro Devices Export Sdn. Bhd. (AMD) dan Fabtronic Sdn. Bhd. untuk menyediakan latihan kepada para siswazah.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Ada apek kabok sakit perut waktu pertukaran dokumen...
BalasPadamPejuang hamas...