BREAKING NEWS

Abby Abadi KESAL dituduh dapat hidayah Sesat..

Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Abby juga mempersoalkan mengapa semasa beliau aktif di dalam dunia lakonan dan sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.


2 ulasan :

  1. Kerana hnya Nabi saje yg kate die dpt hidayah... dn org yg nk beramal soleh, dn mncari redha ALLAH S.W>T yelh dgn duk dlm bilik, solat sunat dn wajib dn besihkn dosa2 lpas dgn zikir kpd Allah... bkn duk kua mlm g ceramah owg... awk tu permpuan, dh dpat izin lum dr sdara laki nk kua umah weyh....

    BalasPadam
  2. aku paling kesian kt ramai orang yang dok komen dalam blog ni.terutamanya tuan tanah.aku doakan kau moga tuhan bukak luas sikit ko punya pandangan.sbb ko suka dgn kepompong yg kau berada skrg, maka kau suka dgr satu idea sj,maka idea yg lain ko tolak sj walaupun dlm hati mengakui kebenarannya. samada kau memang sengaja suka dengan keadaan kau sekarang atau kau memang belum sedar kebenarannya

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online