BREAKING NEWS

Abby Abadi harap jodoh dengan Ustaz PAS...

Bekas Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu akbar...taklah...main-main, iklan-iklan...

"Sapa ustaz kat sini...ramai," ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya

11 ulasan :

  1. Dengar cerita orang di sana ganas ganas.. auw!

    BalasPadam
  2. anugerah skrin tv9919 Jun 2012 pada 9:40 PG

    kalau dgn ostat badrol mau tak??nanti dia blh buat sesi kaunseling pkl 3 pg...hehehehe....

    BalasPadam
  3. Pasti dapaf masuk syurga tanpa hisab.

    BalasPadam
  4. Baguslah kalau dah insaf.. Jgn sampai keinsafan diperalatkan utk politik dah la..

    NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. jangan risau tak lama lagi akan bertemu jodoh le dengan ostad2 pas yang ramai tu...ostad Baderulamin tengah dok tunggu tu nak bagi kaunseling pukul 3 pagi. ostad mat syabu pun boleh lagi kota masih ade. pilih le mana satu idaman kolbu ye cek abby...huhuhu

    BalasPadam
  6. Amik mat sabu la jd husband hang...
    Anytime mat sabu bleh pakai serban sebab nk acuan abby...

    Pejuang hamas...

    BalasPadam
  7. XPERLAH ORG PAS KAN SUKA KAWIN RAMAI.BOLEH LAH ABBY JADI NO 2 X PUN NO 3..NAK MATI SYAHID BUKAN DENGAN MASUK PAS CIK ABBY

    BalasPadam
  8. Dari Abby ambil ustaz pas elok ambil imam insyaAllah terns Shan Quran panda,sejuk hati Dan terbukti insyaAllah dpt membimbing.

    BalasPadam
  9. payah ape,PERGI Kaunseling jam 3 pagi,lepas tu dapatlah jodoh.

    BalasPadam
  10. Aku syorkan Abby Abadi cari mufti atau ulama muda UMNO..kan banyak yang sporting? Baru la sesuai..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online