Beb.., nak salahkan sapa kalau satu hari nanti kita jadi biasa melihat aksi-aksi macam dalam gambar diatas tu dikawasan persekitaran kita?
Gua yakin.., kalau kita biarkan penyokong LGBT merealisasikan impian dorang untuk tabalkan Anwar dan puak-puak liberal jadi pemerintah, senario seperti gambar diatas akan kita hadapi hari-hari..
Jangan lupa beb.., kenyataan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya di stesen televisyen BBC Asia pada awal tahun ni membuktikan bahawa undang-undang yang melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia sudah lapuk dan perlu dihapuskan telah dibantah seluruh rakyat Malaysia kecuali penyokong-penyokong PAS dan PKR.
Manakala, penyokong DAP sejak dari dulu lagi membantah undang-undang ini kononnya menghalang hak asasi manusia.
Sikap keterlaluan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang secara terang mengutuk undang-undang homoseksual di Malaysia yang disifatkannya sebagai lapuk itu telah mengundang kemarahan rakyat.
Ramai tidak percaya Anwar Ibrahim sanggup menghalalkan homoseksual biarpun beliau seorang Islam. Apakah beliau tidak melihat sejarah bagaimana kaum Nabi Lut diazabkan oleh Allah swt disebabkan perbuatan mereka menghalalkan hubungan sejenis?
Justeru, umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan LGBT dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Perbuatan sebegini sekaligus menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.
Sesiapa yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah.
Selain Anwar Ibrahim, Majlis Peguam yang secara terang menyokong menyokong LGBT ini apabila cubaan mereka sebelum ini mahu mengadakan Seksualiti Merdeka. Dan, kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan undang-undang hubungan sejenis telah mendapat sokongan daripada Majlis Peguam.
Bagi penyokong tegar Pakatan Pembangkang seperti PAS dan PKR, yang beragama Islam, mereka seolah-olah merelakan diri mereka diperlakukan sebegitu demi mahu mencapai sokongan politik. Akibatnya, mereka sanggup menjual dan mengorbankan akidah demi meraih sokongan politik untuk memenangi pilihan raya.
Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.
Selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.
Ini juga termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah selepas ini golongan sejenis LGBT ini akan menjadi penyokong tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang dalam usaha menghapuskan undang-undang hubungan sejenis bagi menghalalkan perbuatan itu.
ntah ler...yg aku tahu, kalo zina berleluasa dan kita menyokong tak buat apa2 nanti Allah beri azab yg pedih. Silap2 esok next tsunami memang terbalik Malaysia hilang dr peta dunia. Itu namanya hilang Melayu Islam Malaysia di dunia...
BalasPadaminilah akibat jika disuruh bersonggkok dan bertudung tetapi hakikatnya buta agama dan tidak beriman!. Jadi nya tudung dan songkok tidak lebih dari fesyen semata . Umat Islam janganlah mudah menilai, yang bertudung dan berjijbab tidak semestinya Islam dan yang tidak bertudung dan berjilbab tidak semestinya kafir!Jagalah iman dan jangan menilai orang! lihat dalam diri sendiri dahulu!. Budak-budak perempuan bertudung dan berkucup seperti dalam gambar diatas memang menghina agama!
BalasPadampehhh....
BalasPadambkn main syok lg bdak tu..huhu..
akhir zaman...
BalasPadam