Kesemua sebelas ADUN Barisan Nasional (BN) mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengulangi kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim berkata, jika Lim yakin kenyataannya tidak bersalah dan enggan meminta maaf, beliau haruslah mengulanginya di hadapan rakyat secara terbuka dan jangan melindungi dirinya atas kekebalan DUN.
Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: ""Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam".
Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam Pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini.
Ayat "terancam" yang digunakan oleh Lim, kata Azhar kepada pemberita, adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang Umno iaitu orang Melayu.
Katanya, kesemua wakil rakyat BN kesal dengan kenyataan Lim yang membawa maksud bahawa Umno iaitu parti yang diwakili oleh orang Melayu akan mengancam kuil Hindu jika diberi kuasa untuk memerintah.
Turut menghadiri sidang akhbar itu ialah 10 lagi Adun BN yang tidak menghadiri sidang DUN hari ini sebagai membantah tindakan speaker menolak usul mereka untuk meminta Lim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN ekoran kenyataannya itu.
- Bernama
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
anak pencetus 13 mei ni mana berani nak menyalak di khalayak ramai...
BalasPadamcina rasist pukimak ni bacul...
13/05/1969-13/05/2012...
43 tahun lu punya bapak cari masalah...
lu tak pikir zaman anak lu besar nanti apa mau jadi...
pejuang hamas...