Skandal PKFZ: Ling Liong Sik selesai bela diri
-
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang
didakwa menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas
33 minit yang lalu
Polis perlu menghantar surat pemberitahuan lebih awal kepada 120 orang peserta BERSIH 3.0 sebelum bertindak menahan atas dakwaan menimbulkan kekacauan semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, kata Maria Chin.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0 mengesa agar polis tidak melayan kesemua peserta ini sebagai penjenayah kerana banyak kaedah lain untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka ini.
Menurutnya, jika polis ingin meminta kerjasama peserta BERSIH 3.0, polis perlu bertindak secara professional dengan tidak hanya menggertak dan menakut-nakutkan mereka supaya hadir ke balai polis sebelum tindakan diambil.
“Jika benar polis mempunyai nama mereka, kenapa tidak menghantar surat pemberitahuan kepada mereka yang terlibat dan bukannya hanya menyiarkan gambar mereka di dada akhbar-akhbar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, penangkapan 120 orang ini merupakan salah satu bentuk gangguan dan tidak seharusnya berlaku kerana polis mempunyai data yang diperlukan untuk mengetahui alamat peserta-peserta BERSIH 3.0 ini.
5 comments:
Hakk Ptuiihhh!!!
maria nama melayu chin nama cina.campur jadi cibai
Tak payah penggal kepala bang. Kita suruh kerajaan gugurkan kerakyatan semua penyokong BERSIH. Biar mereka cari kerakyatan tempat lain atau jadi pelarian suaka. Biar dia orang hidup macam pelarian ACEH dulu-dulu.
gugurkan dahulu kerakyatan.letak shj dlm kem tahanan bersama2 PATI.
letak kat umah dia pastu suruh dia layan depa baik2
Catat Ulasan