BREAKING NEWS

TERKINI !!! Wan Azizah suruh Azmin balik jumpa Ibu..

"Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City di sini, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.

Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.

Mengulas mengenai klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin, Dr Wan Azizah berkata, itu adalah satu helah Umno yang tidak boleh diterima.

"Ini satu cara Umno yang telah saya lalui, kalau ikut hukum syarak, kena bawa empat saksi, kena ikut betul-betul cara Islam.

"Kalau nak bandingkan (isu) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) pun ada juga, tapi dia (Soi Lek) mengaku, politik tidak sepatutnya begini," kata beliau lagi.

Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga berkata, orang ramai boleh berdebat mengenai sesuatu isu berkaitan negara, tetapi tidak harus membawa politik ke tahap yang "tidak elok."

Majlis makan malam itu anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

4 ulasan :

  1. Azmin...
    Ikut arahan ketua parti kamu tu..
    Nanti dia tarik balik arahan susah plak kamu..

    BalasPadam
  2. baiknya sepat kering nie...

    terkezut aku...

    dia tak mau pi melawat mak dia sebab takut terinsaf...

    bila dah terinsaf sapa nak makan aiskrim mini konekto nanti...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  3. kalau takde 4 saksi blh terlepas dari hukuman. ko ingat islam ni sempit sgt ke? kisah yusof pun takde saksi tapi allah tetapkan kaedah bahan bukti. baju yusof yg koyak tu jadi bukti. bodoh nye puak2 ni. blajar agama tak nak, tau nak musnahkan negara je. -mat meru.

    BalasPadam
  4. Hmmm. Kena ada 4 orang saksi baru boleh tuduh. Kena ikhlas pada diri sendiri kerana ALLAH MAHA melihat. Dunia boleh lepas. Akhirat PASTI KENA HUKUM.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online