BREAKING NEWS

Nik Aziz 'BELASAH' Mufti Harussani..

Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.

Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”

Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuangan PAS. “Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.


p/s: Kenapa Pok Nik suruh Mufti jangan campur hal politik? Bukan ke Mufti Perak tu bercakap dari sudut agama..?

Dulu dorang kata PAS tu perjuangkan agama.. Dah terbukti sekarang ni bahawa semua lebai-lebai dalam PAS tu berjuang untuk politik, bukan untuk agama..

5 ulasan :

  1. kan dah terbukti, pas hanya berpolitik daripada perjuangkan Islam, lgpun nik aziz dan puak2 pas jugak yg kata, Islam dan politik tidah boleh terpisah.

    sahlah nik aziz lidah putar belit dan hatipun berbelit2.

    Betullah Mufti Perak berkata tu, jika Mufti Perak berkata diatas politik, takpalah, politik dan Islam tidak terpisah

    BalasPadam
  2. NIK AZIZ ? idak lerrrr tok guru sangaaaatttt !! politik je lebeh !!

    BalasPadam
  3. ..Pak Nik nampaknya belum sedar lagi dan belum khatam baca kitab2 Islam yg muktabar kerana dia pernah mengatakan bahawa Nabi SAW mengabungkan Islam dengan politik. Barangkali sebab itu dia kuat sangat main politik sehingga Islam pula diperalatkan. Nabi SAW tidak pernah mengabungkan Islam dengan politik, Nabi SAW hanya bawa Islam dari mula hingga akhir hayatnya kerana Islam itu sendiri sudah lengkap dimana politik itu hanya merupakan satu juzud saja dalam Islam.

    Nik Aziz juga pernah mengatakan ayat Quran itu semuanya berkaitan dengan politik..jadi banyak lagi dia kena belajar...ditakuti parti ini akan main politik dengan bermodalkan syurga saja dan menjadikan parti PAS itu macam agama...PAS itu Islam, Islam itu PAS...sedangkan PAS hanya sebuah parti. Memandangkan ada pemimpin PAS yg nampak galak hendak buka keahlian parti kepada bukan Islam dan membenarkan jawatan tertinggi dipegang oleh bukan Islam. Mungkinkah one day, Ambiga akan jadi Presiden atau Naib Presiden PAS ????

    BalasPadam
  4. hehehehe....mula bertambah2 nyanyok lebai malang ini, dolu2 bila semua komen Harussani berpihak pd PAS. bukan main seronok lg depa. Sekarang bila mufti mula perasan KECURANGAN PAS dlm perjuangkan ugama dan menempelak mereka, mulalah tk bagi campur dan kata tk paham sejarah perjuangan....aduh malang2nya lebai malang bila BERSHIT dikata wajib hadir.

    BalasPadam
  5. Sekiranya Nik aziz itu salah atau terpesong tentang islam napa le pulok xtangkap masuk lokap sbb ajaran nye sesat. mana ulamak serta mufti2 kat malaysia ni?tindak jika kita betul,takut kerana salah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online