BREAKING NEWS

Jom 'serang' Neelofa di Putrajaya besok...

Pengunjung karnival Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung di sini selama lima hari mulai esok berpeluang untuk bertemu beberapa artis yang mempunyai latar belakang pengajian undang-undang di gerai Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam).

Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan undang-undang kepada pengunjung khususnya golongan belia, program yang mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu membolehkan artis berinteraksi dengan peminat.

Beliau berkata, setiap hari seramai 10 peminat bertuah berpeluang berbual mesra, mendapatkan nasihat atau mendengar sendiri pengalaman artis semasa mengikuti pengajian undang-undang.

"Untuk membuat temu janji dengan artis pada hari berkenaan, mereka yang berminat boleh melawat Facebook Sukaguam dan kami akan buat pilihan dan tetapkan temu janji," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.


p/s: Rugi beb..., gua tak boleh nak bermesra dengan Neelofa sebab gua jadi bodyguard Maya Karin besok.. Huhuhuhu..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online