BREAKING NEWS

Elaun guru dinaikkan RM500 kalau Anwar jadi PM.

Pakatan bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani.

“Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka.

“Inilah yang KEADILAN perjuangkan agar kedudukan pendidik ini terbela seterusnya memperkukuh sistem pendidikan negara,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Guru, hari ini.

Wan Azizah berkata, KEADILAN melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud ‘Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA).

“Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akan fikirannya,” tegasnya.

Oleh itu, katanya, KEADILAN bersama Pakatan bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap.

“Tahniah buat guru-guru yang telah menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat. Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang,” katanya lagi.

Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang.

Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online