BREAKING NEWS

Anwar halang Muzakarah Umno dan PAS.. - Hasan Ali

Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pengaruh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar dan juga golongan "parasit" dalam PAS menghalang parti itu untuk bergabung dengan Umno.

Katanya beliau kesungguhan PAS untuk mencari "rakan kongsi baru" itu dapat dilihat melalui kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang menimbulkan perkara itu pada 12 Mei lalu.

"Jelas beliau mahukan PAS mencari rakan kongsi politik menggantikan dua komponen parti yang ada dalam Pakatan (Rakyat) sekarang ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Hasan berkata, beliau juga bersyukur kerana mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menimbulkan semula cadangan muzakarah dengan Umno minggu lalu.

"Bagi saya ini adalah satu petanda baik yang sepatutnya tidak disia-siakan oleh kedua-dua pimpinan kuasa politik Melayu Islam ini," katanya.

Tambahnya, gandingan PAS dan Umno akan dapat menjadi "gandingan ampuh" untuk berdepan dengan dakwaan masalah Kristianisasi, pluralisme dan liberalisme agama serta agenda golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Gabungan itu juga bagi menghadapi gerakan oleh golongan yang didakwanya mula mempertikai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak keistimewaan orang Melayu.

"Bukan satu rahsia lagi bahawa perbincangan dengan pihak Umno pada satu ketika telah sampai ke satu tahap untuk memeterai persetujuan bersama.

"Malangnya hasrat dan cita-cita murni itu menemui kegagalan. Ini disebabkan kuatnya pengaruh anti penggabungan PAS dan Umno ketika itu yang didalangi oleh parasit serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui proksinya dalam saf kepimpinan parti Islam itu," katanya.

Tambahnya golongan "parasit" itu jugalah yang lebih lantang daripada daripada DAP dan PKR dalam "menimbulkan keraguan dalam isu fundamental" berhubung dakwaan gerakaan Kristianisasi dan "usaha mengekang kemungkaran," katanya.

3 ulasan :

  1. secara peribadi aku rasa tak yah la nak bermuzakarah sebab akan bertambah parah luka kaum melayu sebab penganut pas dah tunduk dgn DAP...

    kalau umno bersekutu dgn pas confirm penganut pas akan ajar pegang lilin sembah ntah apa2...
    sembah bangkai cina kapir...

    banyak fatwa sesat dalam pas dan meme patut pas dok dgn pakatan...

    banyak melayu dah patah balik dan akan undi umno/bn...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. nak muzakarah anwar akan halang tapi kalau...


    MU NAK ZAKAR KAH anwar akan ssokong...

    hehehe...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  3. MU NAK ZAKAR KAH anwar akan ssokong...

    ..hahahah...lawak terbaeek....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online