BREAKING NEWS

Ahli politik letak jawatan kerana skandal seks..

Speaker Parlimen Australia, Peter Slipper secara rasmi meletak jawatan semalam selepas dituduh melakukan pencabulan seksual dan membuat tuntutan perjalanan palsu.

Pada masa sama, Slipper turut mendakwa dia tidak bersalah dan mengecam ‘perbicaraan oleh media.’ Speaker berkenaan yang berusia 62 tahun dan berumah tangga, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap bekas pembantu, James Ashby, 33, dengan menghantar mesej pesanan ringkas yang menggoda dan membuat kenyataan tidak senonoh antara Januari dan Mac lalu.

Ashby juga menuduh Slipper membuat tuntutan perjalanan palsu.

Selepas polis berkata mereka melancarkan siasatan terhadap dakwaan menipu itu minggu lalu, Slipper mengumumkan dia akan meletak jawatan buat sementara waktu.

Persidangan Parlimen yang bermula semalam selepas enam minggu ditangguhkan adalah peluang pertamanya untuk berundur secara rasmi.

Keputusan Slipper itu menjadi tamparan kepada Perdana Menteri, Julia Gillard yang membantunya dilantik menjadi Speaker tahun lalu selepas dia berpaling tadah dari Parti Liberal, langkah yang menyebabkan parti pembangkang berkenaan kehilangan satu undi dan membolehkan Julia terus berkuasa dengan majoriti tipis.

Slipper berikrar untuk kembali memegang jawatan berkenaan. - AFP


p/s: Kalau di Malaysia, salahkan je Umno.. Gerenti dapat pegang jawatan sampai bila-bila....

1 ulasan :

  1. anak sedara pak cik10 Mei 2012 pada 5:43 PTG

    "Kalau di Malaysia, salahkan je Umno.. Gerenti dapat pegang jawatan sampai bila-bila...."sbnor nye bkn tu je...lg puak2 pakatan longkang nie suruh org2 UMNO letak jawatan plak...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online