BREAKING NEWS

Umno dan PAS bergaduh kerana bendera di Pahang.

Satu insiden pergaduhan berlaku antara penyokong UMNO dan PAS berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini malam tadi.

Kejadian yang berpunca daripada "isu bendera" itu telah menyebabkan kekecohan dan mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di situ. Masing-masing panik melihat kejadian yang berlaku di depan mata mereka itu.

Berdasarkan maklumat, kekecohan berlaku gara-gara tindakan beberapa orang ahli Pemuda PAS Kuantan yang bertindak memacak bendera parti itu pada pokok-pokok yang terdapat bendera UMNO dan Barisan Nasional.

Ini menyebabkan beberapa orang penyokong UMNO yang berada berhampiran Pejabat UMNO berhampiran menjadi marah dan mengarahkan pemuda PAS mencabut semula bendera tersebut. Mereka kemudian bertegang leher dan menuduh antara satu sama lain.

Ketika itu, kelompok penyokong kedua-dua pihak mula semakin ramai dan sudah ada yang menggasak. Sebuah kenderaan polis dengan dua pegawainya yang lalu disitu kemudian cuma menenangkan keadaan.

Penyokong UMNO marah dan menuduh PAS cuba menimbulkan kontroversi dengan memasang bendera mereka pada bendera UMNO BN yang terdapat di pokok-pokok sekitar kawasan terbabit.

Mereka juga mendakwa, bendera itu dipasang di kawasan sendiri memandangkan bangunan Pejabat UMNO Kuantan terletak berhampiran kawasan itu.

Kenyataan itu ditempelak oleh beberapa orang penyokong PAS yang mendakwa, UMNO hanya berhak letak bendera di bangunan sahaja tetapi bukan di pokok-pokok berkenaan.

Malah mereka juga mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak menurunkan bendera UMNO BN di lokasi berkenaan kerana ia jelas melanggar peraturan yang mereka tetapkan.

Malah, Yang DiPertuanya, Datuk Zulkifli Yaakob dengan tegas baru-baru ini menyatakan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini.

Inilah yang menyebabkan penyokong PAS marah kerana semua bendera mereka diturunkan di kawasan bandar, sebaliknya bendera UMNO dibiarkan oleh pihak berkenaan. Inilah yang menjadi persoalan di kalangan mereka.

Kekecohan yang sepatutnya berakhir sekitar jam 12.00 malam itu, kemudiannya bertambah panas apabila kehadiran semakin ramai penyokong kedua-dua belah pihak.

Turut kelihatan hadir Ketua UMNO Bahagaian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat serta lain-lain ahli jawatankuasa mereka. Biar pun beliau hadir menenangkan keadaan, namun tolak menolak terus berlaku di hadapan bangunan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC).

Pihak polis mengarahkan orang ramai bersurai, namun tidak diendahkan mereka. Difahamkan, kekecohan kedua itu berpunca daripada tindakan penyokong UMNO mencabut dan mematahkan bendera-bendera PAS yang dipasangkan pada pokok-pokok berkenaan.

Keadaan semakin kecoh apabila pergelutan hingga ke jalanraya dan menganggu lalu lintas. Keadaan sedikit reda apabila pihak polis sekali lagi mengarahkan kedua-dua kumpulan bersurai.

Beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) juga kelihatan memantau kejadian berkenaan. Keadaan sedikit kecoh apabila ada beberapa orang India berbadan besar mula masuk campur. - PahangDaily

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online