Gua tak tahu benda ni betul atau tak, tapi dah lama sebenarnya khabar angin tentang isu ni. Gua harap, Menteri kita tu dapat tampil membuat penjelasan tentang hal ni..
Kalau cerita ni tak benar, sila lah saman atau ambil tindakan mahkamah terhadap dorang yang mulakan fitnah tu.. Dan jika benar, gua cuma harap Menteri kita tu insaf..
Tapi..., kalau statement keluar dari mulut Mak Lampir Ampang tu, bukannya boleh dipercayai sangat beb.. Dia dah banyak rekod menipu rakyat sebelum ni.. Apapun.., kita tunggu je nanti respon pihak terbabit..
-------------------------------------------------------
Ekoran tuduhan Zahida Rafik menyatakan dirinya kehilangan RM200,000 dilarikan pemandu peribadi’nya selepas diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank’nya pada 3 Mac lalu, pemandu tersebut tampil membuat satu laporan penjelasan sebagai satu berita panas yang tidak tidur dibuatnya.
Pada 13 Mac lalu, pemandu peribadi Zahida Rafik, Noor Azman Azemi, 38, mendedahkan skandal pelakon itu dengan seorang pentadbir kenamaan yang agak biasa didengar di telinga kita, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal melalui satu laporan polis.
Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, dia didatangi beberapa orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Polis.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.
“Wang tunai tersebut kemudiaannya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.
“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
apa lagi shafie apdal..tampil ke depan. jika benar banyak duit tu..dari mana sumbernya? jika benar semua ini berundur sebab dah jadi liabiliti..
BalasPadamjgn dok diam plak shafie apdal...
BalasPadamtgk mcm bro bung mokhtar...
no hal janji bergetah...
kalau bab duit tu betul ada baiknya ko relax saja dgn bakal getah baru...
jgn kasi masalah kat bn/umno...
pejuang hamas...