BREAKING NEWS

"Sapa simbah cat merah di rumah aku haa..?" - Mazlan Aliman

Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman disimbah dengan cat merah pada awal pagi semalam.

Kejadian yang disedari Mazlan sekitar 3.30pagi semalam ketika beliau sekeluarga baru pulang dari menyampaikan ceramah di Kampung Parit Pulai dalam kawasan Parit Sulong

"Saya dan isteri serta dua orang anak lelaki saya sampai di rumah sekitar 2.30 pagi ini daripada menghadiri ceramah di Kampung Parit Pulai dalam kawasan Parit Sulong.

"Saya baru melelapkan mata sekitar setengah jam apabila isteri, Hatijah mengejutkan saya dengan bau minyak yang agak kuat."

"Seketika kemudian isteri yang tak sedap hati mencarinya di mana punca bau tersebut. Tidak lama kemudian, beliau memanggil saya dan memberitahu bau tersebut adalah cat merah(cat minyak)yang dipercayai disimbah sekitar jam 3.30 pagi.

Saya akan membuat laporan polis pada pagi ini ", jelas beliau lagi yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.


4 ulasan :

  1. Kalau cat hijau takpe....

    BalasPadam
  2. alamak ai,toksah dok buat2 tanya la sapa simbah cat tu....kalu bukak blog puak2 pakatan ni kompom besepah crita umno simbah cat ni.....
    adoyai teknik simbah cat ni baru nak sampai di johor...siannya, orang dh nk ngundi diorang baru dok sibuk simbah cat....
    dah cat merah, ce tanya puak2 DAP kot2 diorang salah simbah ke
    walau pun artikel ni xde kena ngene dgn idola aku yg 1 tu...tetap Aku Benci ANUar Ibrahim...

    BalasPadam
  3. Taktik lama... cari simpati. Orang dia juga yang simbah...

    BalasPadam
  4. Entah-entah dia ada hutang Along.. Sapa tau..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online