BREAKING NEWS

Safwan Anang nafi KAFIRKAN Najib dan Khaled Nordin..

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertahankan tindakan mereka mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi,

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan menafikan tindakan tersebut seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Presidennya, Mohamad Safwan Anang berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai simbolik protes semata-mata bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurutnya, ia tidak membawa maksud atau kesan ke atas kepercayaan mana-mana agama.

“Tindakan itu bukan melambangkan ‘kematian’ kedua-dua pemimpin berkenaan, sebaliknya apa yang disampaikan adalah mengenai hak mahasiswa yang ‘mati’ kerana pemimpin tidak memberikan komitmen terhadap tuntutan mahasiswa.

“Jangan timbulkan sentimen agama dalam hal ini. Saya pelik kenapa batu nisan yang kami gunakan tidak pula dijadikan isu kerana ia juga melambangkan kematian bagi orang Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai respons berhubung tindakan kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada lebih 300 orang yang menyertai demonstrasi terbabit.

Beberapa tokoh agama menyifatkan tindakan kumpulan mahasiswa itu bertentangan dengan tuntutan Islam.

Setelah membuat kalungan bunga, kumpulan terbabit kemudiannya, berkhemah di Dataran Merdeka dan bertegas akan terus berada di kawasan tersebut sehingga pihak kerajaan memberi respons berhubung tuntutan memansuhkan pinjaman PTPTN.

2 ulasan :

  1. dah mcm geng ajaran sesat plak aku tengok beruk2 mahasewel nie...wali2 agung PAS takkan nak diam je tengok benda nie....

    BalasPadam
  2. Dah pandai pinjam, bayar la... masa nak pinjam semua yes.. bila dah dapat duit pegi enjoy..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online