BREAKING NEWS

Penyanyi Awie dikafankan gara-gara sihir..

Penyanyi dan pelakon, Awie akui melalui pengalaman dikafankan dalam satu proses membuang penyakit misteri yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Malah, Awie berkata dia sudah melalui pelbagai pengalaman yang sangat teruk dan ngeri sepanjang menjalani perubatan kampung dan Islam.

"Masa dikafankan sama seperti orang mati, saya tidak fikir apa-apa lagi kerana apa yang penting penyakit dalam tubuh saya dapat dikeluarkan dan saya boleh sembuh.

"Namun saya akui ianya merupakan pengalaman yang amat teruk, bila saya terpaksa dikafankan kerana selepas dikafankan saya telah memuntahkan sejenis cecair dengan sangat banyak secara tiba-tiba.

"Ini hanya salah satu usaha saya untuk menyembuhkan penyakit yang saya hadapi. Saya hanya mencuba asalkan ianya tidak memudaratkan benar-benar mengikut perubatan Islam,"katanya yang ditemui selepas prebiu filem Berani Punya Budak di e@Curve, Damansara, malam semalam.

Selain terpaksa berubat di beberapa negeri di dalam negara, Awie memberitahu dia sudah pergi ke Thailand untuk membuang benda yang dipercayai santau dalam tubuhnya.

Bercerita lanjut mengenai penyakit yang dihadapinya itu, Awie berkata penyakitnya mula menjadi lebih teruk apabila dia kehilangan bapanya pada 15 Jun tahun lalu.

"Selepas pemergian arwah ayah, saya mula hilang semangat dan lemah. Disebabkan itu saya diberitahu perkara serta benda tidak elok senang masuk ke dalam tubuh saya.

"Mula-mula saya tak percaya langsung benda-benda santau ini, tapi bila sudah terkena pada diri sendiri baru tahu bagaimana.

"Saya pernah mengalami batuk yang sangat teruk selama tiga bulan iaitu paling teruk masa menjayakan konsert Awie dan Ella di Istana Budaya.

"Bayangkan saya batuk sehingga dapat rasakan seperti mata saya bagai hendak terkeluar.

"Selain itu, saya juga pernah mengalami kaki bengkak macam belon sampai bangun pagi tak boleh jalan selain merasakan suatu gelombang yang sangat aneh di rumah. Masa itu saya ingin pergi ke teater Cuci The Musical.

"Selepas mencuba ubat doktor tidak berhasil, saya pergi lakukan perubatan Islam di Tapah dan saya terkejut apabila masa itu keluar sebatang jarum dari kaki dan ia kembali pulih selepas itu," luahnya lagi.

Awie yang kini sudah kembali pulih walaupun masih perlu menjalani beberapa perubatan Islam, berkata segala apa yang berlaku dipercayai adalah hukuman Tuhan terhadap dosa lampaunya.

"Alhamdulialh, saya kini sudah kemabali pulih dan bersemangat dan boleh menjalani tugasan serta rutin harian seperti biasa.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi apa yang berlaku ini saya anggap pembalasan Tuhan di dunia yang dibayar cash atas dosa lampau saya.

"Mungkin dosa itu datang daripada perbuatan tidak sengaja saya yang telah melukakan hati ibu bapa saya atau orang-orang tersayang saya yang lain. Namun saya terima dan rehda kepadaNya," tambahnya yang akur.

1 ulasan :

  1. inilah petunjuk dari ALLAH TAALA supaya ko tak merapu lebih2 bro...

    ingat la yg kita ni manusia dan akan dijemput kembali bila cukup waktu...

    isikan masa yg ada dgn amalan yg berguna...

    lagi baik bro pi umrah... maybe akan tenang zahir dan batin...

    umrah ni bukan trend utk artis tapi selalunya artis akan kesana untuk mencari ketenangan...

    tempat yg mustajab berdoa banyak kat sana...
    sekadar nasihat...

    pejuang hamas...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online