BREAKING NEWS

Pembantu ahli Parlimen Kelantan kena pukul.. Mesti salah Umno..

Seorang pembantu ahli parlimen di Kelantan mendakwa dipukul tiga anggota polis ketika dalam tahanan, bulan lalu.

Mangsa, Ahmad Amin Draman, 47, ditahan kerana dituduh membakar bendera dan mengganggu ceramah sebuah parti politik di Tanah Merah, Kelantan, 11 Mac lalu.

Ahmad berkata, pada awalnya dia ke Balai Polis Tanah Merah bagi memberi keterangan, tetapi terkejut apabila ditahan atas beberapa pertuduhan.

Dia ditahan dari 26 Mac hingga 3 April lalu. “Semasa dalam tahanan, saya dimarahi seorang anggota polis kerana tidak menutup pili air dan atas sebab itu, tiga anggota polis lain membawa saya ke lokap yang tiada kamera litar tertutup, memukul di perut dan kaki.

“Mereka mengatakan saya samseng dan melakukan perbuatan tidak senonoh dalam lokap,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa. Sementara itu, Fariz berkata, polis perlu mengambil tindakan dengan menyiasat perkara ini atas dasar ketelusan dan profesional. -SH


p/s: Confirm dorang akan kata Polis tu ahli Umno... Huhuhu...

2 ulasan :

  1. mesti ko kentut dalam opis polis tu dan bau mcm bangkai...

    sebab tu ko kena jentik...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. nasib baik le pak A.B.U takde komen plak ye...kalu tak mesti dia meroyan nye tuduh polis tu pun geng2 umNGOK gak...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online