Patung Seks pemuas nafsu amat popular di SELANGOR..

Posted by MPP On Khamis, 26 April 2012 3 comments
Tahniah Khalid gagap..., tahniah Khalid gereja.., dan tahniah buat Dr Rani..

Selepas Selangor mahsyur dengan tarian tiang, sekarang ni Selangor kembali ke puncak dengan aktiviti pengedaran patung seks pemuas nafsu..

Lepas ni.., tak tau lah apa pulak nak jadi di Selangor tu kann.. Ini lah hebatnya pentadbiran Pakatan.. Semuanya boleh beb!!

Metro melaporkan.., patung getah yang menyerupai tubuh perempuan yang dijual pada harga RM50 dan menjadi kegemaran lelaki untuk melepaskan nafsu antara pelbagai produk berahi yang dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tujuh siri serbuan di sini, 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan dan ubat seks yang dianggarkan bernilai RM10,000 kerana dijual secara terbuka.

“Antara kawasan yang terbabit dalam operasi ini ialah Taman Klang Jaya, Taman Bayu Perdana, Persiaran Raja Muda Muda, Jalan Kapar, Lorong Cungah, Taman Klang Utama dan Taman Sentosa.

“Serbuan dijalankan pada jam 4 petang di tujuh kawasan secara serentak selepas kami melakukan risikan dan hasil aduan awam,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Andry Arman berkata, peniaga terbabit menjadikan pelanggan di premis nombor ekor berhampiran sebagai sasaran utama berikutan premis berkenaan tumpuan orang ramai.

Katanya, rungutan orang awam yang melalui kawasan itu terutama ibu bapa disalurkan kepada MPK yang kemudian membuat serbuan dan merampas hampir 300 produk berahi termasuk barang perhiasan wanita selain menyita peralatan berniaga.

3 comments:

media klang berkata...

habis le...dah kantoi...!!bang non dah tau plak ini chinadoll getah rupa nye...patut le tak bergerak....hahahaha....

Adi Kencana berkata...

Apa dah jadi dgn janji PAS utk hapuskan maksiat sebelum ayam berkokok kalau menang pilihanraya?

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

KHai berkata...

Nak cari keuntungan dengan jual benda camtu kenalah ingat perasaan sensitiviti orang lain...

Lebih banyak keburukan yang akan berlaku sekiranya benda camtu dengan mudah di perolehi terutamanya generasi muda yang ingin tahu dan mahu mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir ok ke tak...

http://kedaiebooksmalaysia.blogspot.com/

Catat Ulasan

Popular Posts

Media Online

Share

MPP Online