Barisan Nasional (BN) didakwa tidak mempunyai calon layak mengisi jawatan Menteri Besar sekiranya perikatan itu berjaya menawan kembali negeri Selangor, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Wakil rakyat DAP itu berkata, sejak empat tahun lalu, pimpinan parti itu langsung tidak menyebut siapa yang bakal menjadi calon Menteri Besar Selangor sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya hendak tanya sekiranya BN menang dalam PRU akan datang, siapa yang akan MB Selangor.
“Selepas empat tahun, langsung tidak ada orang yang disebut-sebut untuk jawatan itu, kita semua tahu apa sebabnya, ini kerana BN tidak ada pemimpin yang layak,” katanya yang juga ahli jawatankuasa DAP Selangor.
Beliau berkata, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah menunjukkan kebolehan dan kewibawaan dengan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Khalid dilantik sebagai Menteri Besar sejak Kerajaan Negeri dikuasai PR pada Mac 2008.
“PR lantik seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam mentadbir banyak syarikat besar sebelum ini.
“Kita boleh jadikan negeri Selangor dan negara ini menjadi lebih baik dalam pilihan raya akan datang sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan kepada PR,” katanya.
p/s: Kalau nak tahu sapa bakal MB Selangor dari BN, kenalah bagi BN menang dulu... Gua dah tahu dah calon-calon nya beb... Hehehehe...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Sorry Deo derant, you are not the one...
BalasPadamKhalid Berahim tuh dikatakan berwibawa. sampah pun tak leh urus, berwibawa ke mende tuh. BErwiBAWANG ada la. Otak Letak KAT BONTOT
BalasPadam