BREAKING NEWS

Nurul ditangkap khalwat tanpa pakaian dalam selimut..

Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

2 ulasan :

  1. sebat2 tak da ka???

    hilang respek aku kat mahkamah syariah sebab penari tiang kena kena denda rm25 jer...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. Tidak salah melaporkan kes-kes khalwat yang berjaya ditangkap tetapi dengan menunjukkan gambar-gambar yang mengaibkan...saya tidak pasti apa namanya. Untuk memberi kesedaran dengan denda atau penjara tetapi kalau dengan memaparkan gambar ianya bukan sahaja mengaibkan yang ditangkap tetapi jugak kedua ibubapa mereka. Walauapapun alasan kita, menutup aib orang itu juga dituntut. Jagalah juga hati para ibubapa yang memang telah lulur apabila mengetahui anak mereka ditangkap khalwat ditambah dengan pendedahan gambar ianya ibarat meletak garam pada luka yang dalam.

    Melapur berita juga ada adab dan etikanya.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online