BREAKING NEWS

Mat Sabu akan terbitkan filem berjudul Altantuya...

"Filem Altantuya" adalah filem yang tergantung tanpa kesudahan dan Pakatan Rakyat (PR) akan menyiapkannya jika dipilih dalam pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Sekarang, ke mana-mana pun saya berceramah, saya terangkan bahawa cerita pembunuhan Altantuya Shaariibuu sama seperti seperti filem yang tidak siap kerana tidak diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhannya.

"Apabila saya beri jaminan bahawa filem itu akan disiapkan jika PR diberi peluang memerintah dalam pilihan raya umum ke-13 ini, saya tidak sangka sambutan yang diberikan oleh rakyat sungguh di luar dugaan," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan rakyat tidak lupa isu itu dan mereka juga ingin mengetahui siapakah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya.

"Bila saya sebutkan filem Altantuya akan disiapkan jika PR diberi peluang memerintah, semua bangsa yang hadir dalam ceramah-ceramah saya menyambutnya dengan tepukan dan sorakan penuh semangat.

"Apa yang berlaku itu jelas menunjukkan rakyat tidak percaya Altantuya dibunuh tanpa sebab oleh dua orang polis biasa dan mesti ada pihak yang mengarahkan pembunuhan itu," katanya yang menganggap apa yang berlaku kepada Altantuya sekarang umpama filem yang tidak selesai dan tergantung.

Beliau mempersoalkan, adalah tidak masuk akal polis tiba-tiba bertindak membunuh Altantuya yang tidak mereka kenali, tidak ada rekod jenayah di negara ini dan tidak pula dilaporkan bersenjata ketika dibunuh.

"Polis biasanya bertindak membunuh apabila nyawa mereka terancam atau pihak yang menyerang mereka mempunyai senjata.

"Dalam perbicaraan di mahkamah, tidak pula dinyatakan Altantuya bersenjata atau menyerang serta mengancam nyawa dua orang polis yang membununya itu," kata Mohamad (gambar).

Lebih menghairankan rakyat, katanya, mengapa pula mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4.

"Khabarnya, C4 adalah senjata terkawal dan tidak boleh diambil dengan mudah tanpa prosedur yang ketat. Bagaimana pula polis pengawal peribadi boleh dapat C4?" beliau mempertikaikan.

Menurut Mohamad, rakyat ingin tahu benarkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau keluarganya mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

"Rakyat juga nak tahu kenapa Najib langsung tidak ambil tindakan terhadap pelbagai akhbar terkemuka di seluruh dunia yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya," katanya.

Najib, kata beliau lagi, sepatutnya bingkas membersihkan namanya dan juga keluarganya apabila dikaitkan dengan pembunuhan kejam tersebut.

"Bila Najib tak bertindak apabila namanya dikaitkan, rakyat tertanya-tanya dan saya yakin pertanyaan itu hanya boleh dijawab dengan memilih PR sebagai kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Jangan lupa, kalau mahu menonton versi yang sepenuhnya dan kalau mahu menonton versi 'original' filem Altantuya yang tidak diedit langsung, pilih PR sebagai kerajaan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

6 ulasan :

  1. apa punya bengap la mat sabu lakhanat nie...

    penafian dah dibuat la...

    ko jer tak amik tau sebab ko nak fitnah...

    ttg bahan letupan tu barang bleh sampai secara haram kalau adai duit saja...

    sembang mcm sial la lahabau ni...

    otak mcm selut...

    meme patut masuk PAS...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. bila matsabu bercakap, dengaq boleh percaya jangan.

    wahai matsabu dari hang buat ceramah nak kutip derma buat mengabihkan duit pengikut² paspispus untuk menyambung politik pas yang tak berguna, baik hang ajak orang² pas semua bela babi, dari hasil jual babi bolehlah digunakan untuk politik pas yang penuh dengan tipu daya.

    dah perpuluh tahun pas berpolitik, dah banyak duit dihabiskan untuk bayar gaji orang² pas, tapi pas tak membawa apa² faedah untuk manusia didunia dan akhirat.

    BalasPadam
  3. sokong abg mat kta wat full versi filem ni bg abg mamat khalid jd pengarah mesti komedi suspen.

    BalasPadam
  4. Habis tu takkan la 2 org polis tu saje2 nk bunuh org tanpa sebab.. xlojik langsung..mesti ade yg suruh.. ke anwar yg suruh?? pikir pakai otak la..

    BalasPadam
  5. aku dah muak dah dengan agenda pembangkang tak habis2 nak kaitkan najib dgn altantuya. logiknya siapa yg nk jd kambing hitam sampai tergadai nyawa di tali gantung? klu ye najib terbabit, sudah pastinya 2 org polis tu dah dedahkan. nk buat apa cover lg klu dah confirm nyawa jd taruhan?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online