BREAKING NEWS

Masjid ini kononnya dibina oleh Jin..

Jika anda ke Malang, Indonesia dan anda mengajukan soalan kepada warga di sana mengenai di manakah masjid ‘ajaib’, pasti mereka akan menunjukkan sebuah masjid yang sedang dalam proses pembinaan ini.

Menurut masyarakat setempat, masjid ini ajaib kerana pembinaannya secara tiba-tiba tanpa pekerja, material seperti pasir, simen dan lain-lain. Pendek kata ia tidak kelihatan seperti suasana biasa projek-projek pembangunan yg sedang dibina.

Namun desas-desus itu berakhir apabila ada pihak yg membina masjid tersebut memberi penerangan dengan membuat sepanduk yang menyatakan masjid itu di bina oleh murid dan ahli jemaah di mana ia adalah sebuah komplek (sekolah pondok) pembelajaran Islam yang di panggil Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah.

“Apabila ada orang yang mengatakan ini adalah bangunan muncul dengan sendirinya dan dibangunkan oleh jin dan sebagainya itu tidak benar.

Bangunan ini adalah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah' yang murni di bina oleh para murid dan jemaah.”

Ajaib atau tidak, bangunan setinggi 10 tingkat itu ternyata mempunyai nilai arkitektur yg sangat unik dan pastinya memerlukan jutaan wang untuk membinanya.


1 ulasan :

  1. kat kelantan tak de ke diorang terfikir nak buat masjid mcm nie..tak kan le nabi nik ajis tak dpt wahyu nak bina masjid yg lg besar drpd patung wat besar kat tumpat nu..??

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online