BREAKING NEWS

Harga airmata seorang wanita..

Suatu hari, seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu adalah seorang wanita wahai anakku", kata ibu kepadanya.

"Saya tak faham maksud ibu", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Kau tak akan pernah mengerti anakku"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Ayah.., mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita selalu menangis tanpa alasan...", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetap dia tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia berjumpa seorang cendikiawan, dan ia bertanya, "Tuan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Cendikiawan itu berkata:

"Ketika Tuhan menciptakan seorang wanita, ia dicipta untuk menjadi seorang yang istimewa. Tuhan menjadikan bahunya cukup kuat untuk menampung dunia.., namun, harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian didalamnya.."

"Tuhan memberikan wanita kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang juga seringkali datang dari anak-anaknya.."

"Tuhan memberinya hati yang kental dan tabah untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan Tuhan berikan kecekalan pada wanita untuk mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Tuhan juga memberinya rasa kasih untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Malah Tuhan memberinya kekuatan untuk setia bersama suaminya dalam kesusahan dan melengkapi segala keperluan suaminya biarpun dia seringkala terpaksa memendam rasa "

"Tuhan memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala Tuhan seringkali menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Tuhan memberikan wanita itu air mata untuk dititiskan. Anugerah itu adalah dicipta khusus miliknya untuk digunakan ketika ia memerlukan."

"Cendikiawan itu berkata kepada lelaki tersebut.., "kau tahu.., kecantikan seorang wanita bukanlah terzahir dari pakaian yang dikenakannya.., ataupun tubuh badannya yang mampu menggugat hati lelaki.."

"Kecantikan seorang wanita itu sebenarnya ada didalam matanya.."

"Kau tahu kenapa? Kerana mata wanita itulah pintu hatinya.., tempat dimana cinta itu ada."

"Dan wanita tak perlukan sebab untuk mereka menangis kerana itulah cara memulihkan kekuatan mereka.."


p/s: Pesanan ikhlas dari gua..., hargailah wanita disekeliling kita sementara kita masih mampu.. 

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online