BREAKING NEWS

Aaron Aziz rosakkan industri filem Malaysia?

Pada pandangan gua, tak salah kalau warganegara Singapura khususnya bangsa melayu nak berkerjasama naikkan industri hiburan tempatan..

Gua cuma rasis pada PAP yang dikepalai oleh Lee Kuan Yew je beb.., yang lain tu ok je..

Kalau nak tolak artis dari Singapura, maknanya kena jugak la kritik M.Nasir dan juga Arwah Loloq..

Gua rasa, niat Zed Zaidi tu dah betul.., cuma cara penyampaian dia je silap sampai menimbulkan kontroversi..

Apapun, gua salute dengan semangat kenegaraan yang ditunjukkan oleh Zed Zaidi tu.. Bukan semua orang ada semangat cintakan negara sendiri pada zaman sekarang ni beb..

Cuma lain kali kena fikir panjang sikit sebelum buat apa-apa statement yang boleh membuatkan orang kutuk kita balik.. Peace!!!



=========================================


Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.


Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

"Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak," katanya.

9 ulasan :

  1. Sifat bangsa melayu yg ada PHD

    BalasPadam
  2. Abg zed..what happen to u?dah rezeki msg2..itulah..next time..cb improve kan diri jd lbh baik..jgn improvekan diri asyik nk cr silap org..mn th kot2 pas ni blh dpt award kat grammy oscar...

    BalasPadam
  3. Dah rezeki die abg zed..cb improvekan diri jd lbh baik kalo nk jugak...

    BalasPadam
  4. yup...PhD sungguh...lagi pun aaron bukan tiba2 naik nama nyer....bertahun2 dicalonkan....dah tahun ni jer rezeki dia....sama2 la kita terima....yg belum dapat...tingkatkan usaha...nak nama disanjung...disiplin n maruah kena la jaga jugak yer

    BalasPadam
  5. mesti konspirasi dari UMNO ni....

    BalasPadam
  6. Come on ZZ, be a sport. AA is a good actor and deserved the award.

    BalasPadam
  7. P.Ramlee pun dulu start dekat Singapore. Kalau pelakon Malaysia semua kejar glemor dan rupa tapi lakonan hampas cermin la diri sendiri dulu. Kau pun bukan bagus mana pun. Walau AA orang Singapura tapi dia ada sebut 1Malaysia... Artis kita... Hampas dan hampas. Tapi ada la juga yang boleh berlakon. Tahniah AA.... Sokong 100 percent....

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama says:
    10 April 2012 5:24 PTG
    ''mesti konspirasi dari UMNO ni....''

    aku x paham knp tiba2 ko ni masuk politik... tu lah.. klu dah mmg otak negatif...sikit2 buruk sangka!

    BalasPadam
  9. Jangan di layan orang bongok mcm tu..memang dasar bahalul xboleh ajar..tibe2 je msuk politik pulak..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online