Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Selangor menolak kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mampu mengotakan janji yang ditabur ketika mereka mahu menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Perdana Menteri berkata, sudah cukup rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis palsu kerajaan pimpinan pembangkang dan mereka tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berulang semula pada PRU kali ini.
Antara janji tidak ditunaikan, katanya, termasuk usaha untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis perniagaan 20 peratus, perkhidmatan kesihatan percuma untuk warga emas, bantuan ibu tunggal RM600, pelajar melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi RM1,000 dan bantuan prasekolah RM50.
“Semua itu belum (ditunaikan) lagi. Sebab itu, hari ini rakyat lebih yakin kepada Barisan Nasional (BN), kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi.
“Kita tolak mereka, pilihan kita adalah BN untuk perintah negara dan Selangor, tidak lama lagi ada peluang (PRU),” kata pada majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua di sini, semalam.
Lebih 5,000 rakyat termasuk penerima bantuan membanjiri padang IKBN sejak awal pagi bagi menerima sumbangan daripada kerajaan dan agensi korporat.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan