BREAKING NEWS

TERKINI!!! Petugas Nurul Izzah ditangkap menyamar pegawai SPR...

Tiga individu dipercayai mahasiswa telah ditangkap oleh Pemuda Umno Lembah Pantai kerana dipercayai menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Individu-individu tersebut ditangkap sewaktu mereka membuat bancian di kawasan PPR Kg Limau di Pantai Dalam.

Setelah ditangkap, ketiga-tiga 'pegawai' tersebut telah diheret oleh kumpulan berkenaan ke Balai Polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, 'pegawai SPR' tersebut kemudiannya mendakwa dihantar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bagi tugas bancian penduduk.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, mustahil mahasiswa boleh diperalatkan dengan sebegitu mudah kerana mahasiswa adalah golongan intelek.

Menurut Fahmi, petugas-petugas dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang membawa bersama surat mengesahkan mereka dari pejabat Nurul Izzah sewaktu membuat bancian itu.

"Dua petugas ini sekadar membuat bancian bagi membantu pejabat Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan kedua-dua mereka juga sudah mendapat kebenaran dari Izzah sendiri dan tugas bancian mereka bermula sejak Sabtu lalu hingga semalam," katanya.

"Kenyataan Umno yang menuduh KEADILAN mempergunakan mahasiswa tersebut jelas berniat jahat untuk memburuk-burukan Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang konsisten memperjuangkan hak rakyat di sini," tegasnya. - UtaraNews.

2 ulasan :

  1. apasal tak hantar si adam mahsewel tu je pi buat bancian penduduk nu..??aku rasa tak sempat nak buat banci dah kne kejar dgn batang penyapu...org2 kat sana dah dok pakat benci kat mahasewel tu...hehehe....

    BalasPadam
  2. Mahasiswa pun kekadang bukan pandai sangat pun.. senang dipengaruhi.. Ini semua duit punya hal. Ingat diaorang sanggup ke pegi banci tanpa dibayar. Kalau buat keje free memang sah geng bahlol tuh..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online