PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan.
Setiausahanya Norazizi A Aziz menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau.
Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau.
“Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang.
“Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar.
“Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar.
“Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut ‘mandi darah’,” kata Norazizi.
Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
terbaik ... hahah
BalasPadamboleh percaya ke cerita sebelah pihak? puak pr ni dah terlalu biasa sgt berbohong dan putar alam, peratus nak percaya tu mmg payahlah.
BalasPadamkalau kau dah tahu kawasan tu mmg kawasan lawan yg kau nk buat ceramah provoke kawasan org tu kenapa? ketua kg tu ada hak juga utk elak anak kariah dia dr kena hasut. entah2 anak kariah sendiri yg minta ketua kampung halang dan jgn bg masuk. pergi ler buat ceramah kat kawasan pegangan masing2 habis cerita...
tapi tgk izzah kat kawasan sendiri pun org tak mau dgr ceramah, so mcm mana? ada akal fikirlah
Dia ingat yang datang nak tengok Sarkis PKR tu konon penyokong PKR. Belum tau lagi?
BalasPadamTinggal la rancangan lawak di tv. Tengok PKR lagi syiok. Bodoh punya olang.. ko apa tau!
pkr kata polis ,,,, anjing,anjing mana blh tulis permit,kokang blhlah.
BalasPadam