BREAKING NEWS

Metallica akan buat konsert LIVE di Malaysia?

Metallica akan buat konsert Live di Malaysia??? Demmmm!! Gua mesti pilihhh!

Mesti berjuta-juta manusia akan datang ke konsert tu nanti dan memenuhi kawasan berskala besar di sekitar tapak konsert..

Band Metallica ni merupakan band feberet gua sejak dari first album dorang.. Dan video klip dorang dalam Youtube, semua gua download dan simpan sebagai koleksi peribadi..

So.., kalau band lagenda rock ni datang buat Live di Malaysia, confirm gua akan hadirkan diri beb.. Gila lahh..., Metallica beb.., bukannya kumpulan Ukays..

Gua rasa, Azhar Idrus pun mesti pergi tengok konsert ni sebab gua difahamkan, dia tu pun peminat kumpulan Metallica jugak..

Apapun.., Metallica is the best!! Demmm!

Portal Oh Bulan melaporkan.., band bertaraf lagenda, Metallica dikhabarkan akan hadir membuat persembahan secara Live di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.

Desas-desus mengatakan bahawa Metallica akan mengadakan persembahan selama 2 jam di Kuala Lumpur, berkemungkinan lokasi persembahan akan berlangsung di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

Pihak penganjur dikatakan turut mengambil langkah lebih berhati-hati serta menyusun strategi bagi mengelakkan kontroversi Erykah Badu berulang kembali.

Difahamkan juga, kos untuk menjemput Metallica mengadakan persembahan di sini menelan belanja hampir USD 2 juta. Itu belum termasuk dengan kos promosi, peralatan muzik dan sebagainya.

Metallica yang kini dianggotai oleh Kirk Hammett, Lars Ulrich, James Hetfield dan Robert Trujillo berkemungkinan akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti One, Nothing Else Matter dan Enter Sandman.


Jom kita layan konsert dorang di Roman amphitheatre di Nimes, Perancis.. Sungguh Luarbiasa!!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online