BREAKING NEWS

MB Pahang nak saman Sin Chew Daily..

Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob yang memanggil pemberita "bodoh" bukan sahaja enggan meminta maaf tetapi mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar harian berbahasa Cina kerana didakwa menyiarkan laporan palsu terhadapnya.

Katanya, beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Sin Chew Daily kerana mendakwanya menyarankan untuk membuang sisa nadir bumi di Sungai Lembing, tetapi menurutnya, beliau tidak pernah berkata demikian.

Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Sin Chew Daily hari ini, Adnan menjelaskan bahawa kenyataan mengenai Sungai Lembing itu dibuat oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai contoh tapak sisa buangan, sewaktu dalam mesyuarat tertutup dengan beliau.

Beliau mendakwa bahawa wartawan harian berbahasa Cina itu tidak hadir di mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, tambah Adnan, akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain yang turut menyiarkan laporan yang sama, tidak akan disaman kerana katanya, rekod menunjukkan Sin Chew Daily terutamanya "tidak mesra" dan gagal melaporkan kebenaran.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengumpul maklumat dan mengeluarkan surat peguam kepada Sin Chew Daily.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online