BREAKING NEWS

Mazlan meroyan tak dapat masuk Sabah..

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berang ketika dihalang dari memasuki Sabah.

Mazlan memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam.

"Saya tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.

"Saya diberitahu ianya arahan pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang ditahan," katanya yang ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau mendakwa dihalang masuk di bawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959. Mazlan memaklumkan akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya

Pemimpin Pas tersebut dijadual menyertai himpunan aman 123 Bangkit esok di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO Keabat dan Bangkit bagi negeri Sabah.

Menurutnya, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa ditahan, pegawai Imigresen tersebut menyatakan hanya menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau telah diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.


p/s: Padan muka!!

5 ulasan :

  1. belajar-belajar hormati hak orang lain,

    BalasPadam
  2. lawatan ker dan nak berdemo memang lah kena halang, ko yang kat semanenanjung pun tak terjaga ada hati nak bertapak di seberang...

    BalasPadam
  3. tukang buar onar dan fitnah ni jgndi biar masuk sabah..dorang mahu buat msykt sabah bergolak..

    BalasPadam
  4. Sepatutnya FELDA buang terus bapanya dari FELDA. Baru dia tahu tinggi ke rendah langit tu. X sedar membesar dan mendapat ilmu disebabkan tinggal di gugusan FELDA. Kalau nak harapkan Politik yang dia junjung... minta dermalah saja kerja yang mampu dibuat untuk tanggung hidup keluarga.

    BalasPadam
  5. anak sedara pak cik28 Mac 2012 pada 8:59 PG

    apasal la pegawai imigresen tu tak suruh si mazlan berenang je balik semenanjung??baru dia ada akal...ingat senang2 nak jadi tukang karut kat sabah tu plak...kakakakakakahhhh....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online