BREAKING NEWS

Mak Nyah dipaksa sembahyang Maghrib..

Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin.

Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, kira-kira jam 6.30 petang.

Ketiga-tiga mak nyah berkenaan turut diberi kemeja- T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf dan kembali menjadi lelaki sejati.

Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita tetapi ketika soal siasat mengaku lelaki.

“Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan.

“Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit adalah penduduk tempatan dan belum pernah ditahan sebelum ini.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. - HM

1 ulasan :

  1. bila nak buat dekat semua negeri...eh silap mana boleh buat nak hak asasi manusia(pakatan) bising sebab suruh mak yah gi sembahyang...makyah pki pluraassnime buat depan public tak boleh tapi kalau private ok...

    sekali kena kat anak cucu cicit dorang salahkan kerajaan kerana tak membendung gejala sosial...tuiii wtf pakatan haram

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online