BREAKING NEWS

Mahfuz tuduh Najib persenda Agong..

Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong di atas kesilapannya berhubung pemansuhan Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, tindakan Najib membatalkan SBPA setelah Agong memperkenankan persaraan Kumpulan Premier dilihat menghina baginda.

"Pada 27 Disember 2011 Agong telah perkenan akan persaraan golongan premier.

"Batal SBPA ini macam persenda Agong, bulan 12 (Disember) bawa memo untuk dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, bulan 3 (Mac) batal SBPA. Najib perlu mohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga menuntut penjelasan Najib berhubung berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.

"1 Januari Kumpulan Premier ini dilantik semula secara kontrak. Apa status mereka sekarang?Mereka sudah bersara tapi SBPA dibatalkan sedangkan mereka dilantik melalui SBPA dan diperakui JPA mereka telah menerima gaji pada Januari dan Februari.

"Saya juga minta Najib jelaskan berapa jumlah yang telah dibayar kepada mereka, tapi Najib tidak jawab soalan saya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.


p/s: Kenapalah gua asyik nak tergelak je bila Mahfuz ni bagi statement.. Tengok je muka dia.., terus gua terbayangkan Mr Bean... Hahahahaha...

2 ulasan :

  1. Kat Kedah ... PAS hina Sultan tak nampak lak ?

    MB+Exco angkat sumpah depan wakil Sultan ... sebab Sultan dah jadi Agong ... actually ... MB+Exco angkat sumpah depan Sultan.

    PAS lak kata ... Pemandu ade 'kuasa' atas MB+Exco ... so MB+Excoa kena bersumpah depan Pemandu pulak.

    Pemandu sama tinggi dgn Sultan ke ?

    Tak kira menghina ke macam ni ?

    BalasPadam
  2. mahpos omaq ni tak pernaah bt salah...

    dia ni ibarat jantan gila lindungan bulan...
    kahkahkah...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online