Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Mahfuz hanya setaraf dengan kuda dalam PAS... wakakaka..
Comments : 0
Hasan Ali berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kerana mendakwa beliau menerima tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Sambi menyifatkan Mahfuz sebagai "kuda tunggangan" kumpulan parasit dalam PAS, beliau menafikan dakwaan kononnya NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang kini diterajuinya ditaja RM30 juta untuk 2,000 program latihan.
"Saya tidak perlu terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak kementerian belia dan sukan untuk membincangkan program latihan seperti dituduh ahli parlimen Pokok Sena itu," kata yang dipecat dari PAS awal tahun ini.
Saman itu akan difailkan dalam masa terdekat, katanya sambil menambah bahawa dakwaan Mahfuz itutidak masuk akal.
Katanya, jika benar dakwaan 2,000 programnya ditaja, ia akan mengambil masa sehingga 18 tahun bagi menghabiskannya kerana program beliau biasanya berlangsung selama tiga hari.
"Kalau lembu kambing pun boleh berfikir, tapi ada orang lebih teruk daripada itu," katanya menyindir Mahfuz.
Beliau juga menafikan dakwaan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menimbulkan isu NGO Jalur Tiga (JATI) ditaja Puncak Niaga.
Sambil mendakwa itu "cerita kedai kopi", Hasan sekali lagi bersifat sinikal dengan menyoal: "Bila Khalid Samad dilantik sebagai jurucakap gereja?"
"Tidak ada. Tapi sebagai NGO kita akan terima bantuan siapa sahaja yang mahu memperjuangkan Islam," katanya.
Setakat ini, menurut Hasan, beliau menggunakan duit sendiri dan bantuan beberapa pihak yang enggan dikenali untuk program jelajahnya.
"Bukan BN," tegasnya bila ditanya khabar angin BN menaja programnya.
Hasan menyifatkan dakwaan berhubung dana JATI ditimbulkan bagi mengalih perhatian terhadap 'krisis' PAS Kedah.
Semalam, Mahfuz pada sidang akhbarnya, menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program Hasan.
Dakwanya, jumlah sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menafikan dakwaan berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan