Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
KJ hentam filem Ahmad Idham.. Hantu Bonceng tak best!!!
Comments : 3
Pengarah filem Ahmad Idham enggan melayan komen dan persepsi negatif segelintir pihak yang mengecamnya kerana dianggap tidak boleh menerima pandangan ahli politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengenai filem arahannya, Hantu Bonceng.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau itu mengemas kini status akaun Twitternya selepas malam gala filem Bunohan pada minggu lalu, sebagai berkata:
“Bunohan adalah filem yang cemerlang. Metafora yang mendalam, dialog hebat dan sinematografi ulung. Sama sekali bukan genre seperti Hantu Bonceng. (Bunohan) mengangkat seni perfileman Malaysia.”
Ahmad Idham berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu terbaru ini kerana bimbang isu yang berkaitan dengan politik ini akan terus diputar belit dan disalah ertikan oleh khalayak umum.
“Saya sudah jangka, apabila ia melibatkan politik, pasti akan jadi lain dan mengundang pelbagai persepsi. Setiap perkataan yang dikeluarkan ahli politik sememangnya meninggalkan impak dan persepsi kepada khalayak.
“Saya tidak mahu melayan persepsi khalayak yang tidak memahami keadaan sebenar dan sebab di sebalik tindakan saya mempersoalkan teguran KJ dalam Twitter,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Ahmad Idham menegaskan dia bukan tidak boleh menerima teguran dan kritikan orang lain terhadap karyanya. Cuma, dia berasa terkilan dan pelik kerana komen tersebut dikeluarkan oleh KJ tanpa beliau mengetahui senario sebenar industri perfileman tanah air.
“Saya bukan tidak boleh ditegur atau dikritik tetapi saya jadi tergamam dengan komen beliau (KJ) dalam akaun Twitter itu seolah membandingkan filem saya, Hantu Bonceng dengan Bunohan.
“Apakah rasional komen sebegitu dikeluarkan tanpa dia mengetahui punca dan sebab filem-filem ringan seperti Hantu Bonceng terus dihasilkan dalam industri filem tempatan?
“Adakah dia tahu realiti sebenar dan kesukaran penggiat seni sehingga memaksa kami mengeluarkan filem-filem ringan yang mudah dijual dan diterima, sekaligus menjana pendapatan industri?” katanya.
Justeru itu, Ahmad Idham berkata adalah tidak wajar komen sedemikian dikeluarkan oleh KJ kerana ia seolah memperlekehkan usahanya untuk mengembangkan industri filem tempatan biarpun berhadapan dengan pelbagai kekangan.
“Saya tidak marah atau melenting tetapi terkejut kerana komen begitu keluar daripada pemimpin yang saya kagumi dan hormati.
“Saya tidak akan suka-suka buat filem ringan seperti Hantu Bonceng jika tiada sambutan. Sebagai penerbit, sudah tentu saya mahu terus berkarya dan menjana pendapatan daripadanya.
“Malah, kewujudan filem-filem ringan sebeginilah yang menggalakkan perkembangan industri filem yang kecil dan penuh kekangan selama ini,” katanya.
p/s: Khairy Jamaluddin pun main cerita artis jugak ke? Tak takut GAP marah ke KJ ? Ahli politik main cerita politik laa.., apa pulak main cerita artis.. Hahahahaha...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
memang patut ahmad idham x layan kj..kj tu saja cari political milage..jangan layan org politik ni..buang masa je.
BalasPadammmg btul filem2 kt malaysia sgt bodoh dan membodohkn penonton. penonton yg gi tgk la.. dlm hal ni, aku sokong KJ. tp, mmg realitinya kt malaysia penonton suka genre2 yg bodoh. seram komedi, aksi komedi, komedi romantis.. yg pntg ade komedi la. sbb penonton pun byk yg berIQ komedi..
BalasPadamBAGI AKU KENYATAAN KJ ITU TERLALU UMUM..XDER PERKATAN YANG MENGHINA HANTU BONCENG...
BalasPadam