BREAKING NEWS

Guan Eng lebih layak dari Ambiga.. - Mat Sabun

Pas hari ni menolak dakwaan laporan kononnya terdapat usaha pihak tertentu mahu membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai Naib Presiden parti itu.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, setakat ini tidak ada perbincangan untuk mempelawa Pengerusi Bersih 2.0 itu ke dalam Pas, apa lagi meletakkannya dalam barisan tertinggi kepimpinan parti.

"Ini semua adalah dakyah yang disebarkan untuk menjatuhkan imej PAS sebagai parti Islam. Tak mungkin Pas akan melantik bukan Islam sebagai Naib Presiden kerana ia bertentangan dengan perjuangan parti".

Mengulas laporan sebuah akhbar hari ini, Mohamad berkata, semua keputusan adalah berdasarkan mesyuarat bersama.



p/s: Memang jahat betul sapa yang fitnah PAS tu kann.. Ada ke patut dorang kata PAS nak lantik Ambiga sebagai Naib Presiden? Terang-terang nampak sangat tak logik tuu..

Yang sebenarnya, PAS nak lantik Khalifah Guan Eng laa.., bukan Ambiga.. Kan Guan Eng tu dah terbukti lebih Islamik dari PAS sendiri di Penang..

Tak percaya? Sila tanya Salleh Man.. Dia mesti setuju dengan gua... Hahahahaha...

2 ulasan :

  1. PAS adalah sebuah parti politik dan memperjuangkan dasar negara kebajikan.Kepimpinan dalam PAS memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik,kuasa dan kepentingan diri.

    BalasPadam
  2. selagi PAS maseh bertaraf parti politik, selagi itulah dasarnya akan tetep berubah-ubah mengikut cita rasa semasa dan persekitaranya

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online